top of page

Adakah kitaran kenaikan kadar faedah bakal berakhir?

Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell membuat keputusan menaikkan kadar faedah 25 mata asas dan beri bayangan bahawa kenaikan kadar faedah akan diperlahankan, tetapi dia tegaskan bahawa pemotongan kadar faedah tiada dalam perancangan untuk tahun ini.


Dalam konteks ekonomi, ia merupakan berita baik untuk sementara waktu sahaja kerana kadar faedah tetap naik serta indakan ini memberi impak kepada pelabur dan sektor perbankan seluruh dunia. Kadar faedah terkini diparas 5% tertinggi sejak 2008 akan memberi kesan kepada keputusan pengambilan pinjaman dan pelaburan.



Apa akan berlaku jika Kadar faedah mula dipotong??

Sukar untuk diramalkan bila Fed akan merancang untuk memotong kadar faedah. Jika difahami dari pengumuman yang dibuat Fed, ia mungkin menandakan bahawa sekarang adalah fasa hujung dalam kitaran kenaikan kadar. Carta dibawah menujukkan kitaran kenaikan kadar faedah ditunjukkan dalam garisan warna biru. Garisan merah menunjukkan tempoh di mana Fed menghentikan kenaikan kadar dan akhirnya memulakan pemotongan kadar.




Pasaran Saham merudum dan berlaku peristiwa kegawatan besar selepas Fed mulakan kempen pemotongan kadar faedah

Rujuk carta di bawah menunjukkan perubahan S&P 500 semasa kadar faedah di paras puncak dan diturunkan




Fed mengakhiri kempen kenaikan kadar pada 16 Mei 2000, kadar faedah masa itu pada paras 6.50%. Ini berlaku dua bulan selepas indeks NASDAQ dan saham teknologi jatuh merudum teruk. Pada 29 Jun 2006, Fed mengakhiri kempen kenaikan kadar faedah pada paras 5.25%. Indeks perumahan Case-Shiller mencapai puncak dua bulan kemudian, membawa kepada krisis kewangan ' Great Recession'. Fed mengakhiri kempen kenaikan kadar pada 19 Disember 2018, pada 2.375%. Pada awalnya, pasaran saham jatuh selepas mesyuarat ini, membawa kepada "Powell Pivot" pada Januari 2019. Jika dilihat dengan keadaan semasa, punca pasaran saham global merudum adalah disebabkan kadar faedah naik secara agresif, kesannya sekarang beberapa bank menghadapi masalah kecairan dan kos operasi menjadi tinggi. Apabila muncul berita atau 'catalyst' yang membawa kepada 'perlahankan' kenaikan kadar faedah seperti data inflasi menurun, kadar pengangguran tinggi dan sebagainya hanya memberi sentimen positif jangka masa pendek untuk pasaran saham.

Urusniaga saham untuk jangka masa pendek sesuai buat masa sekarang, tetapi jika pelaburan jangka panjang dengan membeli saham pada akhir kempen kenaikan kadar faedah dan memegang saham sehingga kempen pemotongan kadar berakhir akan menjadikan pelaburan anda lebih berisiko kerana sentimen pasaran global ketika ini menjadi sangat negatif. Beberapa bank telah digemparkan dengan kejatuhan harga sahamnya dan terkini Deutsche Bank pula menghadapi masalah. Adakah kegawatan ekonomi seterusnya disebabkan runtuhnya kepercayaan orang ramai terhadap sistem perbankan di Amerika dan Eropah??

0 comments

Comments


bottom of page