top of page

Pengeluaran Wang melalui Trading Platform M+ Online

M+ Online menawarkan cara yang sangat mudah untuk anda buat pengeluran wang anda. Berikut adalah perkara yang anda perlu pastikan jika membuat pengeluaran wang: 1. Pastikan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan

Pengeluaran wang adalah bergantung kepada berapa banyak jumlah wang anda ada dalam trust account anda. Jumlah yang anda akan berbeza jika anda ada membuat apa-apa transaksi. Jadi, anda perlu pastikan berapa jumlah yang sebenarnya yang boleh anda keluarkan.

2. Waktu duit akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda

Sekiranya anda membuat arahan pengeluaran sebelum 9.00 pagi dan wang akan berjaya masuk ke akaun anda tersebut selewat-lewatnya 10.00 malam pada hari yang sama. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada proses yang dibuat oleh bank. Jika terlalu ramai pelabur yang membuat pengeluaran, bank mungkin akan ambil masa untuk proses dan wang akan masuk ke akaun anda pada esok hari (waktu bekerja). 3. Pastikan maklumat akaun bank anda betul

Pastikan maklumat akaun bank anda adalah tepat dan betul. Ini termasuk nombor akaun bank, nama bank, dan nama pemilik akaun bank. Jika maklumat akaun bank yang anda masukkan salah, pengeluaran anda mungkin akan ditolak atau perlukan waktu lebih lama untuk diproses.


4. Periksa status pengeluaran anda Setelah membuat pengeluaran, anda boleh memeriksa status pengeluaran anda di dalam akaun trading anda. Jika status pengeluaran anda masih dalam keadaan "Pending", maka ia masih dalam proses. Jika ia ditolak atau ada sebarang masalah, status pengeluaran anda akan berubah menjadi "Rejected" dan anda perlu mengemukakan permohonan semula.

Pada bahagian withdrawal status, akan dinyatakan ‘Updated’ sekiranya pihak M+ Online sudah memproses request anda dan hanya perlu menunggu bank melengkapkan proses pemindahan tersebut. Jika ada masalah, status akan tertera ‘Rejected’.


Video panduan melakukan pengeluaran:



0 comments

Comentários


bottom of page