top of page

Warren Buffett berbincang dengan pegawai Biden mengenai krisis perbankan

Warren Buffett telah berhubung dengan pegawai kanan dalam pentadbiran Presiden Joe Biden berhubung krisis perbankan di Amerika Syarikat. Perjumpaan itu tertumpu kepada Buffett yang berkemungkinan melabur dalam sektor perbankan serantau AS, tetapi pelabur itu juga telah memberi nasihat dan bimbingan secara mengenai kegawatan semasa.

Buffett mempunyai sejarah dalam membantu bank ketika dalam krisis, memanfaatkan statusnya sebagai pelabur berpengaruh dan kemampuan kewangan untuk memulihkan keyakinan terhadap firma kewangan yang dilanda masalah kewangan.

Bank of America Corp berjaya dapat suntikan modal daripada Buffett pada 2011 selepas sahamnya menjunam disebabkan kerugian terikat dengan gadai janji subprima. Buffett juga memberikan 'talian hayat' $5 bilion kepada Goldman Sachs Group Inc pada 2008 untuk menyokong bank itu berikutan kejatuhan Lehman Brothers Holdings Inc. Kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan langkah luar biasa untuk menenangkan pendeposit dan pelanggan bank hujung minggu lalu, dengan berjanji untuk membayar sepenuhnya deposit tidak diinsuranskan jika bank mengalami kegagalan. Sumber : https://www.scmp.com/business/banking-finance/article/3214051/warren-buffett-contact-biden-officials-banking-crisis-us-small-lenders-seek-wider-deposit-guarantee


0 comments

Komentáře


bottom of page